Monday, November 9, 2009

Indah.....bagaikan puteri.....


































































Langkahku Di sini

alhamdulillah....

setelah lama x menjenguk ruangan nie...akhirnya ari nie terbuka gak..... da berlumut bagai...kena clean nie...ahaks..... di hari nie... disaat nie...ingin rasanya ku kongsi kegembiraan hati dengan kalian... setelah 3tahun menyulam kasih akhirnya...perhubungan kami terjalin dengan ikatan ijab dan kabul...Ya Allah...Ku berSyukur padaMu......




tanggal 25 September bersamaan 6 Syawal maka Noorismaliza binti Ishak telah sah menjadi Isteri kepada Mohd Ikhwan bin Sapuan bertempat di Masjid Tuanku Mizan Kerteh....



Doakan kami yea kalian... Moga kasih sayang kami bertambah dan berkekalan hingga hujung nyawa....:)

ku ingin berkongsi detik2 indah kami sewaktu persandingan di kerteh terengganu....

enjoy this moment ya...


Wednesday, October 7, 2009

ku milikmu....25/09/09


Alhamdulillah.....
setelah lama x update blog ari nie...ku masih di sini,.,,....hehehehehh....smua same je ...
yang berubah statusku sebagai seorg isteri kepada mohd ikhwan.....aku bahagia.....doakan aku ya..












Wednesday, September 9, 2009

090909

tarikh keramat kan..... hahahhahhah....bagi diriku smua tarikh ade makna tersebdiri...moga Allah sentiasa lindungi diriku, orang yang ku syg. familiku tersayang nfuture hubby ku, rakan2ku dan semua saudara seagamaku...Amin

Tuesday, September 8, 2009

juadah iftar hot fm

salam ramadhan...


ramadhan tahun nie dapat hadiah ag....kali ni berbuka puasa bersama penyampai hotfm n court... buka pose kat court setapak...hehehehehhe.... sesat gak cari jalan tapi puas hati...:) jumpa la ngan penyampai2 yang selalu dengar suara n tgk kat tv...tapi yang kurang skit, fafau xdelak..... papepun alhamdulillah sedap hidangannya n suasana pun best walaupun wat kat basement je....


enjoy the photo k.....



hidangan da depan mata



ngan adik nani


ngan adik n k.hezlin




hehehheheheh

Thursday, August 20, 2009

TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA

20 Ogos 2009. Ku macam menghitung hari...menanti tibanya hari dimana aku akan melangkah ke alam baru. Dikesempatan yang ada nie ingin sekali aku mencoretkan ucapan terima kasih yang x terhingga kepada mereka yang ku sayang.

ilmu suami menambat hati isteri.

1. Sentiasa berdoa agar disayangi.

2. Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

4. Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

5. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

6. Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.

7. Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.

8. Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).

9. Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.

10. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

11. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

12. Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

13. Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

14. Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.

15. Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.

16. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.

17. Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.

18. Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.

19. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.

20. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".

21. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

22. Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.

23. Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

24. Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.

25. Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

26. Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.

27. Sentiasa lakukan ibadah bersama.

28. Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.

29. Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.

30. Urut belakang isteri sekali sekala.

31. Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.

32. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.

33. Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.

34. Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.35. Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.

36. Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

37. Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.

38. Lebihkan isteri daripada anak-anak.

39. Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.

40. Seeloknya masuk tidur serentak.

41. Belai isteri sebelum pergi kerja.42. Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.

43. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

44. Lakukan riadah bersama isteri.

45. Pergi berkelah sekali sekala.

46. Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.

sifat isteri yang disukai suami

10 SIFAT ISTERI YANG DISUKAI SUAMI

* Sikap Keibuan

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

* Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

* Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

* Menghargai

Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

* Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??


* Pandai berbicara

Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

* Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

* Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

* Simpati dan Prihatin

Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona

Ramadhan menjelma lagi.....

assalamualaikum.....

mayb esok atau hari sabtu kita da mula nak berpuasa kan....:)....semoga ramdahan ini memberi keinsafan kepada kita semua....muhasabah dan mengenal diri....siapa kita disisiNya....
semoga kita dirahmati dan dilindungi...Amin

Tuesday, August 18, 2009

luahan.....

nak luah ape yea.... yang pasti perasaan ku tika nie sayu je...radio lak lagu jiwang2...huhuhuhu,
rindu sangat pada seseorang. ia dekat di hatiku wlupun jauh dari mata...rindu yang amat,... rindu yang buat airmataku sesekali mengalir....mengalir sebab kerinduan nie xpernah putus untuk terus merindu...

angaukah aku? mungkin emosiku kadang2 melebihi akal fikirku.. xsmua benda kita nak, kita akan dapat kan...contohnya klu kita nak org rindu kita macam kita rindu dia...masing2 punya cara berbeza, n cara tue kekadang betul2 mencabar kewarasanku..... xpela...ade hikmah di sebalik smua nie....

aku tahu....aku nie kekadang terlalu ikut perasaan....aku tahu smua nie akan buat orang menyampah, tp ape aku boleh buat kan.... mungkin aku perlu berubah...berubah kepada yang lebih menyenangkan, berubah kepada yang lebih membuat org faham...tapi mampukah aku?
suatu ketika seandainya aku jadi org yang pendiam, aku jadi org yang pendam perasaan, ku x kan salahkan sesiapa. mungkin itu yang terbaik untuk smua...ku tahu mungvkin perkataan yang kuar dari bibirku ini bagai menikam hati n perasaan....xpe ku kan belajar untuk terus memuaskan hati smua org wlupun aku terpaksa korbankan hati dan perasaanku....

seperti mana blogku ini....yang melihat xmungkin bisa mengerti....
akukah.......??????

Monday, August 17, 2009

adakah......

ntahla...xtaw nak taip ape sebenarnya cuma....kekadang rasa macam lonely....huhuhuhu....boleh ke cam2... makin hari mcm makin lain dah.... mayb mmg camni kot...xpela...myb perasaan diriku je kot...

Wednesday, August 5, 2009

heppy besday my hero......


hepi besday to you....

hepi besday to u...

hepi besday to naufal....

hepi besday to u.....



hehehhehe....ari ni birthday naufal....

c.ja syg kat naufal taw...

doa c.ja untuk naufal...


semoga jadi anak yang baik pada Ummi n Abi...

sentiasa dalam lindungan Yang Esa

Dikurniakan Kesihatan n Keceriaan.....

Menjadi seorg yang berakhlak baik n menjadi contoh untuk "adik-adik".....

Sentiasa ceria yea.....
amin......



c.ja syg sgt2 ..... muah2

Friday, July 31, 2009

salahkah aku...........

salahkah aku....
salahkah aku andai bertanya...
salahkah aku andai ingin sgalanya dikongsi bersama...
salahkan aku andai ingin sama2 merasa...

adakah aku yang bersalah??
biarlah hanya aku yang memahami n mengerti smua ini...
hanya yang melalui akan mengerti n merasai apa rasaku tika ini....
moga Allah sentiasa di sisiku.....

Thursday, July 30, 2009

apakah................

ntahla...xtaw nak cakap or coret ape...yang pasti aku rase teruk sgt.....macam2...

Wednesday, July 29, 2009

cinta seorang lelaki

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn khlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yg meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

Tuesday, July 28, 2009

menuju alam perkahwinan

Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu disyarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan -jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K' diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir sekali "Kahwin".
KENAL Kita disuruh kenal/ta'ruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata-mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah disuruh dan dicari orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya. Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.
"Apakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar "Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut. Omar bertanya lagi... "Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?"
Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi "Pernahkah kamu bermu'amalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan-kawannya" Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya. Risik merisik latarbelakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya.... Adalah berdosa besar jika antara kedua-dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK-ANSUR dapat dibuat dalam apa juga perkara.
KELAS Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam, sentiasa 'alert', sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat 'MEMBINA' untuk menjaga akhlak dalam Islam.
KUFU Kufu amat diberatkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam. Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya. Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur. Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yang serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.
KASIH Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis:-
"Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan" Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam.
Rasulullah memberitahu:-
"Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu"
Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga.. Sememangnya terdapat " Orang orang yang benar-benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki" Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga. Hadis Nabi ada menyatakan:-
"Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunannya dan Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya."
Keberkatan memang dititik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita dipasakkan dengan betul. InsyaAllah perkahwinan akan diberkati dan dilindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.
REDHA Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya, Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dengan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka.
"Apa yang dikatakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya" Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur :ayat 26:-
"Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik"
Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang. Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa ....Begitu juga sebaliknya masalah berlaku Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA". Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk. Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga....

Monday, July 27, 2009

jauh perjalanan........

jauh perjalanan,..... hujung minggu yang lepas...klu ikut plan mmg nak g kelantan...kat rantau panjang atas urusan yang penting....penting eh...mmmg penting.....:)....
nak dijadikan cerita....ku pegi b3 tapi sebelum ke kelantan p tapah dulu...anto kak ipar n echa cuk..(ni nama manje arissa dari c.ja yg comel nie).....perjalanan memakan masa slama lebih kurang 9jam. kuar umah dalamkul 8.30 anto dhe dulu kat kajang...dhe ni adik lelaki ku...dia nak balik kerteh...then bila dia da naik bas kitorg g makan dulu....lapar tahap 'gile kentang'(nie istilah baru yang sidia ajarkan)...da kenyang...perjalanan diteruskan ke tapah,....samai sana rest jap/.....solat then minum tea o panas.... gerak dari umah k.ipar dlam kul 12.30..... skarang da tinggal ber3...aku...angah n sidia.... kitorg ikut kuala kangsar...perjalanan malam 2 agak lancar n kitorg enjoy sgt sebab penat x rasa sgt kot.....

sampai kat rantau panjang dalam kul 5.44pg... masa nie barula rasa macam dah habis bateri....pas2 tiga2 tdo dalam keter....lepaskan penat n lelah...ni kali ke 2 aku kesini.....

ala.......

erm....26/7/2009...
ni betul2 xleh nak lupa nie.....keter kesyangan kami da calar balar....terexciden masa undur...tapi kan rasanya macam akak 2 yang salah...da kena baru nak hon...maksudnya dia x nampak kami ngundur...
xpela..benda nak jadi kan... pape pun....yang pnting smua ok..

Wednesday, July 22, 2009

M.A.C kosmetik

fuyyoooooo....nak cakap pasal alat make upla pulak...habisla lepas nie...
nie ha just nak berkongsi...ahaks... berkenan kat produk nie sebab ia cantik n warna menarik......
sesuai untuk jadikan salah 1 dari barangan..... ok kan....disamping murah...ia berbaloi
buat diriku yang suka sgt touch up-touch up nie.... (dulula...skrg da kurang) xsempatla...hehehehe..
beli alatan nie pun sebab nanti senang nak tlg makeupkan sape2 yang nak dimakeup oleh diriku yang
x berapa mahir tp kira okla jugak...nanti ku upkan alat yang da dibeli dr warga blog...hehehhehe

persiapan.....

salam....
xlama ag hari yang dinanti akan tiba jua....persiapannya...alhamdulillah cuma banyak pk 2 yang buat jadi celaru...haru biru....hahahhahaha...ntah ape2 kan....doakan agar smuanya ok....:)
xsangka banyak yang nak dipk... kadang2 sampai pening.... kepada yang dah harungi detik2 camni..tahniah atas kesabaran dan usaha keras anda....doa kan ku jua begitu....aminnnnnnnn

Thursday, July 16, 2009

kereta idaman......

dapat bergambar pun ok ape...heheheheheh.....

kereta idaman.......huhuhuhu...ape ntah kan ...tetiba jek kan...tapi 2la dulu kan masa baru dapat lesen...eh sebelum 2 ag....nak sgt taw dapat keter satria...ala x kisahla org nak cakap ape tapi ku lebih terjurus pada kereta yang sporty...haaaaa...nak taw ngape suka satria nie???? sebab yang pertama...ia comel...sporty....n nampak smart.... pernah gak berangan nak dapatkan keter nie...sebulan pun ok taw...leh drive sendirik.....mesti syok menggila kan......

ha....nila keter idamanku...thanx pada sidia coz sudi bawak g pasir gudang...dapat gak tgk satria gti yang dah di modify.....

laju betul masa dalam litar...berdesuppppppppppppppp....hehehehehhe.......saat 2 macam nak je g tukar ngan rider yang bawak keter nie....tapi apakah kelajuan itu akan sama.......apepun....mmg best saat nie...thenx dear...

wlupun just dapat tgk kehebatan satria nie tanpa dapat memiliki...namun ku bersyukur sbb skrg ku da memiliki kereta wlupun bukan SATRIA GTI... thanx kat sidia sebab setuju untuk dapatkan kereta ni wlupun sidia ada aim keter lain.....PERSONA 1.6(METAL GREY)...hehehehhe...yang penting keter nie pun sporty... x g2???

VoLLeYBaLL.........

ha...ni nak citer skit tentang minatku...... :)... VolLeyBaLL....bola tampar n seangkatan dengannya.....
sukan ni mmg betul2 jadi kegemaranku...taw kenapa sebab minat n sebab enjoy bila join game...
start dari form 1 da bejinak2 dengan sukan nie... klu dulu selalu main petang2 ngan member VB kat court kat bandar baru kerteh...seronok taw...nak ikutkan biasanya cuma ade dalam 5 org je yang pompuan dan yang selebihnya budak2 lelaki kg n budak2 lelaki petronas... masa n saat 2 akula pemain yang paling muda kat situ...kiranya adikla....ahaks...ramai wooo dapat abg... yang best bila main VB ngan diorg...kita akan diajar step2 yang best giler...time 2 akula org yang leh wat 'bola musing"....kihkihkihkih.... time yang terror2 nak spike...mesti gerak ke depan utk protect diri...yeala klu x alamatnye mukala jadi mangsa.....cermin mata da banyak rosak sebab VB nie taw... bukan 2 je...tangan da byk x injured...kaki pun sama....tapi aku xpenah nak serik.....makin seronok main adala....



masuk sekolah teknik pun...teruskan minat nie...siap jadi juruletih ag.... bukan 2 aje....cikgu pun just pantau je...yang memilih pemain utk 1st seat, yang pilih kedudukan dalam permainan n yang ajar kawan2....akula....kira okla sebab bila kita berlatih tanpe arahan yang buka2....pastila keseronokkan makin terasa ...selama 2 tahun, 1999 dan 2000 aku menerajui n mengepalai pasukan sekolah....alhamdulillah...ade je kejayaan yang kami dapat atas usaha keras bersama n 2tahun tu gak aku terpilih untuk mewakili daerah kemaman sebagai pemain dalam pasukan daerah... tahun 1999 pasukan kami naib johan n pada tahun 2000 kamila juara... masa wakili daerah nie...aku sorang je pemain berbangsa melayu dalam 1st seat team kami....ape yang penting usaha n buat yang tebaik setiap kali latihan...bukan mudah nak dapatkan kepercayaan tp berbekalkan pengalaman...alhamdulillah aku mudah serasi ngan diorg....indah sangat kenangan itu....nanti bila ku'snap'kan gambar2 bersama pasukan nie...ku kan upload ya...kita kongsi gembira ini bersama.....

ni masa kejohanan tertutup melaka. nie team utem. kami dapat no 4 taw...okla jugak...hehehehhe

yang penting kita enjoy time mainkan...ceriakan kami.....




aku n volleyball mmg xleh nak pisahkan...pantang dengar ade game n di ajak menyertai...insyaallah aku xkan tolak...masih ku ingat pesan juruletihku di POLIMAS, ' jgn sesekali kita anggap kita STAR smpai menolak ajakan org untuk sertai pasukan, tunjukkanlah kehebatan itu agar ia diperakui n biar org lain yang menilai sejauh mana skill kita... so xlehla sombong kan...ilmu adalah untuk dikongsi..... lagipun kita xlah hebat sgt...ade lagi yang hebat...


ni masa ngan team khazanah.....


dah byk kali aku sertai game....tertutup kemaman adalah game yang 1st aku sertai...kejohanan nie byk mengajar aku untuk lebih pelbaiki skill....percaya or x....terpulang pada diri sendiri....yang penting dalam diri seseorg tu Allah da bagi lebih n kurang...yea x? antara game yang pernah disertai adalah sukan sekolah2..sukan daerah....sukan komuniti...sukan tertutup....masum...poli....n banyak gakla...cuma masa 2 xlah terasa nak bergambr sgt...yeala mana nak main mana nak klik2....ahaks....

ni lepas game...kami xpenah kalah...tp hanya kita yang taw kan ape yang terjadi waktu 2...bytheway...thanx atas segalanya....






Menghargai.....

mghargai......

dalam kan maksudnya...ntahla tetiba je terpk tajuk nie.....
bukan senang nak senangkan hati smua org... so far hanya doa yang baik untuk mereka agar diri ini sentiasa dalam ingatan.....itu pun salah satu cara utk mghargaikan....anda camne?????

tajuk......

sign in je halaman nie...terus terbaca ttg tajuk....pk2 nak buat tajuk ape ...tp 2la.... terus buntu nak wat tajuk ape...ahaks...

apepun...tajuk kan mainkan peranan penting...org baca je terus rasa nak klik n baca seterusnya...so nak kena kreatif baru leh dapat buat thread yang power rangers...hehehheheh...bestkan kalau merapu merapan camni...yang penting kitab ebas bersuara cuma jgn sampai sakiti hati sesiapa... lagipun kita hidup nie bukan untuk sakiti hati org lainkan? ala klu termiss understanding ke....termiss communication ke....adatla 2...mane ade org sempurna kat dunia nie... yang penting...kena selalu muhasabah diri...kena memaafkan setiap kesilapan itu,,,tapi klu wat salah besar camne???? berbalik la pada resam alam..memohon kemaafan dari insan dan kemudian pada pencipta...yang penting insaf n sedar ape yang dibuat itu salah....

tulisan yang kita wat nie...insyaallah akan jadi rujukan n wat org lain juga sedar disamping kita sedarkan diri kita gak...betul x kawan2???? ahaks.....saje je bebel pepagi nie...
oleh itu setiap kali nak tido....amalkan untuk maafkan smua org. samaada sengaja atau tidak sengaja...kita ade melakukan kesilapan....sape taw kan....apepun...be urself n hepi alwayzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Wednesday, July 15, 2009

permata hati......

salam rabu.....
ha...kali nie nak kongsi ngan smua ttg permata hati kami sekeluarga....
cucu2 Omma (my mum)...... skrg Ma da ade 2 cucu...sepasang....
yang cucu pertama lelaki....kiranya cucu sulongla....big brother....abg besar....hahahhahahah.... namanye MOHAMMAD ZAFRAN NAUFAL BIN NOORFAIZAL.
makna di sebalik namanya adalah ZAFRAN-bijaksana, Naufal-dermawan/pemurah...nie anak alg.... anak sulong ma..... lahir pada 05 Ogos 2007. haa.....xlama dah
nak masuk 2tahun.... aktif yang amat... skrg da suka ngusik2 org....penyayang orgnya taw.....



ni la naufal....cikja lak yang expose lebih2...hahahhahaa....yang penting...cikja sntiasa comel....

naufal nie aktif...cuma bila ade Ummi dia manje la...yeala sape yang x manje klu ngan emak sndiri...jgn cakap naufal je manje...cikja pun sama klu tokma ade...hihihihihi......
ok.... cucu Omma yang ke2....eh...ke2 pun pertama taw...yeala cucu sulong pompuan....eh3...cucu pompuan sulong......baru betul.... namanye PUTRI AISH ARISSA BTE MOHD ISWADI. ni anak sulong abg ngah. Lahir pada 06/07/08. lawakan no nie...ha.....:). baru je mencapai umur setahun 9 hari.....
makna disebalik nama- AISH-Istana, ARISSA-Bijaksana....
niela gurl2 yg tomei n aktif yang amat...da pandai merajuk2.....keletah pun da banyak....gigi da ade 6 batang...cuma x pandai jalan ag....dik...cepat2la jalan yea...xlama dah nie....chaiyok2



niela echa cuk.....comel kan...like cikja like arissa...hahahhahah....

klu umie n ibu tgk n baca blog cikja...mesti cikja kena nie.....hahahahhahaah...ala....yang penting hepi....niela permata hati kami sekeluarga...klupun 1 hari nanti cikja dikurnia zuriat yang hensem n cantik macam naufal n arissa.... jgn risau...cikja tetap sayang korang mcm skrg....mod: wat2 sedihlak....

1 yg xkan cikja lupa...bila balik keje msti dua2 nk ngan cikja dulu wlupun skjp...hehehe...bangge je rasa.... indu betul kat korg...muah2.....Org xkan dapat rasa just dapat tgk...jadi hargaila kurniaanya.... bestkan bila ngan budak2....yang pasti naufal n arissa mmg pngubat mujarab bagi cikja...smlm hari ini n bila2......

Tuesday, July 14, 2009

xlama dah.....

buat masa sekarang...kepala dok pk macam2.... so far borang pun belum siap tapi td da g wat ujian yang spatutnya...alhamdulillah smua ok....

erm.......
heheehhehe...td sidia kol....mmg betul2 nak diriku panggil dirinya "abg"...ahaks.... xpe2 insyaallah da tiba masanya.....akan kujadikan panggilan itu yang paling manis buatnyer....
untuk sidia...terima kasih atas segalanya....mmg saat ni macam2 ujian datang melanda.....apepun...yang penting doa kita padaNYA...Amin

apelagi ek....
nantila...bila ade idea akan ku coret lagi...agar ku bisa meluahkannya....

Insan Kusayang......



ni ma/ibu/mak/mama yang paling ku sayang......cantikkan....tengok anakla...ahaks....

erm......nak kenalkan insan yang amat n teramat kusayang.....hehehehehhe....ala...mmg smua org akan bgtaw diorg Sayang kat Family kan....camtu gakla diriku ni...mmg kadang2 ape kita buat adalah untuk jaga nama, jaga hati n jaga perhubungan...itu tandanya kasih sayang dalam hati ini amat tebal dan xpenah goyah untuk terus menyayangi... bila terdengar citer org abaikan family, macam x logik kan... yeala dari kecik kita dijaga dengan penuh kasih sayang... mmg x dinafikan ade gak masa2 kita kena marah...yeala sape suh x dengar kata....heheheheeh...apepun...hanya kita yang merasai akan mengerti...lagipun situasi antara kita adalah berbeza...jadi...ape yang berlaku mungkin ujian n dugaan dari Illahi untuk hambanya......


ni alg...shomel kan? tgk adikla......:)




alg da umur 29thn dah tahun nie..tapi belum ag taw...bulan 9... aku banyak gak jadikan alg rujukan...xkisahla tentang ape....selalu gakla berkongsi masalah...alg da kawin dah...3 tahun lepas....anak pun da nak masuk umur 2 tahun dah...hehehheheh..okla 2 yea x... alg ooooo alg...bila naufal nak dapat adik... hehehheheheh


yang ke 2 adalah abg ngan...skrg umur 27tahun dah...ade sorg anak pompuan.. kawin 2 tahun lepas...klu nak ikutkan....aku ngan abg ngah susah btl nak berenggang... bygkan dari sekolah teknik aku ikut dia...n skrg keje pun sm2...hehehhehe abg ngah aku nie cool je orgnyer. dengar je kalo aku bebel pape...hahahhahahah( gambar nanti ku upload k)






ni Dhe. adikku yang no5. ewah2 posing...ahaks...biasala akak dia nie kan manje yang amat....
tp tetap shomel g2....







same x muka kami...montel x? eh2 silap...cute x?


ni adik pompuanku yang bongsu.umur 21thn..sampai skrg kami still panggil adik...yeala dia ngan adikku yang betul2 bongsu jarak umur 10thn...:)... jadi x salahla kan kalau kami still panggil adik n kadang2 wat adikku yang betul2 bongsu 2 jadi geram yang amat...kihkihkihkih




yang gambar ngan sibling yang lain...nanti ku upload lagi....kan ku edit agar ia jadi catatan istimewa dariku untuk insan kusayang..... apepun yang telah berlaku, sedang berlaku n akan berlaku....doaku moga kita dapat lalui segalanya... terima kasih atas segalanya.... perhatian dari kalian buat hidupku indah .....















Bermulanya sebuah titipan....

assalamualaikum.....

permulaan pem'blog'an. hehehehheh...salam ukhwah untuk diriku dan diri kalian.... dah lama rasanya x menulis n mencoret...skarang zaman dah canggih..type je...:).. apepun smoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok adalah lebih baik dari hari ini...

semoga tulisan ini akan mnjadi sesuatu yang cukup indah yang dapat mengimbas kenangan indah suatu masa nanti.......