Thursday, August 20, 2009

TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA

20 Ogos 2009. Ku macam menghitung hari...menanti tibanya hari dimana aku akan melangkah ke alam baru. Dikesempatan yang ada nie ingin sekali aku mencoretkan ucapan terima kasih yang x terhingga kepada mereka yang ku sayang.

ilmu suami menambat hati isteri.

1. Sentiasa berdoa agar disayangi.

2. Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

4. Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

5. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

6. Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.

7. Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.

8. Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).

9. Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.

10. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

11. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

12. Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

13. Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

14. Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.

15. Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.

16. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.

17. Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.

18. Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.

19. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.

20. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".

21. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

22. Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.

23. Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

24. Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.

25. Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

26. Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.

27. Sentiasa lakukan ibadah bersama.

28. Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.

29. Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.

30. Urut belakang isteri sekali sekala.

31. Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.

32. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.

33. Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.

34. Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.35. Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.

36. Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

37. Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.

38. Lebihkan isteri daripada anak-anak.

39. Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.

40. Seeloknya masuk tidur serentak.

41. Belai isteri sebelum pergi kerja.42. Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.

43. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

44. Lakukan riadah bersama isteri.

45. Pergi berkelah sekali sekala.

46. Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.

sifat isteri yang disukai suami

10 SIFAT ISTERI YANG DISUKAI SUAMI

* Sikap Keibuan

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

* Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

* Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

* Menghargai

Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

* Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??


* Pandai berbicara

Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

* Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

* Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

* Simpati dan Prihatin

Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona

Ramadhan menjelma lagi.....

assalamualaikum.....

mayb esok atau hari sabtu kita da mula nak berpuasa kan....:)....semoga ramdahan ini memberi keinsafan kepada kita semua....muhasabah dan mengenal diri....siapa kita disisiNya....
semoga kita dirahmati dan dilindungi...Amin

Tuesday, August 18, 2009

luahan.....

nak luah ape yea.... yang pasti perasaan ku tika nie sayu je...radio lak lagu jiwang2...huhuhuhu,
rindu sangat pada seseorang. ia dekat di hatiku wlupun jauh dari mata...rindu yang amat,... rindu yang buat airmataku sesekali mengalir....mengalir sebab kerinduan nie xpernah putus untuk terus merindu...

angaukah aku? mungkin emosiku kadang2 melebihi akal fikirku.. xsmua benda kita nak, kita akan dapat kan...contohnya klu kita nak org rindu kita macam kita rindu dia...masing2 punya cara berbeza, n cara tue kekadang betul2 mencabar kewarasanku..... xpela...ade hikmah di sebalik smua nie....

aku tahu....aku nie kekadang terlalu ikut perasaan....aku tahu smua nie akan buat orang menyampah, tp ape aku boleh buat kan.... mungkin aku perlu berubah...berubah kepada yang lebih menyenangkan, berubah kepada yang lebih membuat org faham...tapi mampukah aku?
suatu ketika seandainya aku jadi org yang pendiam, aku jadi org yang pendam perasaan, ku x kan salahkan sesiapa. mungkin itu yang terbaik untuk smua...ku tahu mungvkin perkataan yang kuar dari bibirku ini bagai menikam hati n perasaan....xpe ku kan belajar untuk terus memuaskan hati smua org wlupun aku terpaksa korbankan hati dan perasaanku....

seperti mana blogku ini....yang melihat xmungkin bisa mengerti....
akukah.......??????

Monday, August 17, 2009

adakah......

ntahla...xtaw nak taip ape sebenarnya cuma....kekadang rasa macam lonely....huhuhuhu....boleh ke cam2... makin hari mcm makin lain dah.... mayb mmg camni kot...xpela...myb perasaan diriku je kot...

Wednesday, August 5, 2009

heppy besday my hero......


hepi besday to you....

hepi besday to u...

hepi besday to naufal....

hepi besday to u.....



hehehhehe....ari ni birthday naufal....

c.ja syg kat naufal taw...

doa c.ja untuk naufal...


semoga jadi anak yang baik pada Ummi n Abi...

sentiasa dalam lindungan Yang Esa

Dikurniakan Kesihatan n Keceriaan.....

Menjadi seorg yang berakhlak baik n menjadi contoh untuk "adik-adik".....

Sentiasa ceria yea.....
amin......



c.ja syg sgt2 ..... muah2