Wednesday, March 30, 2011

Qais Demam Rindu....


Assalamualaikum...


Qais Demam... Mulanya mata dia macam sakit then selsema...pastu badanlak panas..
C.Da n c.Nani bawak Qais n Mommy g Klinik Qistina kat belakang Pasar Borong Sri kembangan. 
Doc bagi ubat demam, ubat selsema n ubat batuk...
Balik dari klinik, lepas bagi ubat, Qais tido.. kul 3 pg bangun n kejutkan Mommy... Badan Qais makin panas n mula batuk.. Paginya c.Da bawak pegi klinik sekali lagi.


Disebabkan bunyi sewaktu Qais bernafas Makin kuat n macam sempit je dadanya, Malam tue pg jumpa doc lagi then doc suh refer hospital.

Ayah datang amik n bawak balik Melaka dan bawak ke Hospital melaka.. terus ke emegency room.. demam da 39.4 dan masuk ubat. kemudian ditahan di wad kanak2.


Masuk kat wad dalam kul 5 lebih. diberi oksigen, dimasukkan air. dalam pukul 8.30 pagi, semua wayar dibuka n then hanya dipantau suhu badan oleh nurse.. walaupun dalam keadaan camni Qais still minum susu n makan bubur.. jadi mommy xlah risau sangat...Mommy sayang Qais


Sedih tengok Qais camni.. Kul 10pg atuk, nenek, m.ngah, uncle ecan n abg maman datang


Alhamdulillah pada hari yang sama iaitu kul 8mlm, Qais da boleh keluar...Mungkin kadar penyembuhan lebih cepat bila di rumah... Yang pelik bin ajaib, sampai umah terus jadi cergas... indu ayah n rindu umah yea sayang?
Senyuman yang dirindu...Terima Kasih Ya Allah

No comments: